Usah bersedih andai takdir tak menyebelahi
Usah dipersalahkan yang lain andai mimpi tak menjadi
Usah dimarahi hati andai berubah arah
Terimalah seadanya
Kamu si jantung hati,
Sayang tak kan kekal selamanya
Hati ini Allah jua pemiliknya
Merancang usah terlalu pasti
Berjanji biar yang termampu jadi
Usah bersumpah bersaksikan alam ini
Kelak takut memakan diri
Wahai si jantung hati,
Hidup ini tiada yang pasti
hati kadang terbelah terbahagi
Usah diharap janji yang pasti
Kelak akan menyeksa diri
Jantung hati,
Jangan ditangisi andai hamba berlalu pergi
Kerana kita hanya merancang
Allah jua yang menentukan
Sungguh
Hari ini hati hamba sayang padamu
Tapi esok tiada yang pasti
Ditarik tuhan rasa ini
Mungkin hati bertukar benci
Bukan di tangan hamba segala ketentuan
Jantung hati,
Dari jauh hamba kirimkan rasa cinta
pada angin hamba layangkan salam rindu
Moga kita ketemu lagi
Walau hanya dalam mimpi
0 Respon kAmu:
Post a Comment