Tuesday, September 7, 2010

Lucah

Lucah itu apa dan bagaimana?

"aku punya manja kau saja boleh rasa, rahsia kita berdua"
(aku petik dari lirik lagu 150 juta)

lucahkah lirik ini?
aku tak tahu
sebab aku tak rasa macam tu pun
tak pernah terfikir pun

aku orang timur
aku anak melayu
yang dibesarkan dengan budaya melayu
yang sensitif dgn isu seks dan seksual

tapi

aku xrasa lirik tu lucah pun
Menurut kamus dewan edisi ketiga
lucah merujuk kepada tidak senonoh dan tidak sopan
maka
bahagian manakah yang tidak sopan pada ayat itu?

kenapa aku timbulkan isu ini??
sebab tadi aku terbaca satu blog
blogger tu kata
ada orang cakap lirik tu lucah

dan

aku blurr
lucahkah?

pada aku
individu yang tak pernah terlibat dengan pornografi
tidak akan mudah melabel sesuatu sebagai bahan pornografi

sebab

dia ada banyak lagi benda lain nak fikir
yeke?

itu pendapat aku

kalau salah, maaf

tapi
kalau lirik kat atas tu mengandungi unsur lucah
aku fikir harus subjek biologi diharamkan kt malaysia ni
(jgn la wt keje gle ni...aku da final year..xmo tuka kos..adoiii)

tapi kenapa?

sebab kan ada blaja psl penis dan vagina
huh??


salah ke aku cakap??

xsalah kan?
sebab semua tu bukan pornografi
maka
kita belajar biologi kat skolah

kalau kita xtau, kita xkn terfikir..kalau kita x terfikir kita xkan ckp

maka, renung2 kan la


No comments: