Wednesday, August 25, 2010

Lelaki Pada Kaca Mata Saya

(1) Sukar difahami

Tak perlu dihuraikan. Serba-serbi tentang lelaki sukar difahami. Cara berfikir, cara bercakap, cara bertindak....semuanya sukar difahami..


(2) Sensitif

Sangat sensitif dalam banyak hal. Tak faham kenapa lelaki selalu ambil hati dengan perkara-perkara kecil. Contohnya, orang cakap dia kerja sapu sampah, dia kecik hati sebab dia rasa orang tu sepatutnya cakap dia kerja cleaner. (adakah sapu sampah tak termasuk dalam diari kerja seorang cleaner??)


(3) Tak suka berterus-terang

Walaupun mereka kecik hati ati ataupun rasa sedih, mereka tetap berpura-pura 'cool'. Salah ke kalau mereka tunjukkan rasa sedih? Tak faham kenapa nak berpura-pura dan sembunyikan apa yang ada dalam hati. Tak faham jugak kenapa susah nak tunjuk rasa sayang.


(4) Pemuja Cinta

Lelaki sangat hebat bila bercinta. Mereka sanggup abadikan nama kekasih dimana-mana. Buktinya, nama puting beliung pun letak nama perempuan. Nama kapal pun sama. Nama lagu pun sama. Jarang nak dengar perempuan nyanyi lagu sebut nama pakwe dia. Tapi lelaki tak kisah mengabadikan nama kekasih dalam lagu malah sanggup buat konsert nyanyi lagu tu.


(5) Menangis

Kenapa lelaki takut menangis? Bukan ke bila menangis boleh release tension??


(6) Kawan

Lelaki adalah seorang kawan yang hebat. Kenapa ye? Diorang sanggup bangun pukul 4 pagi semata-mata nak tolong kawan tukar tayar kereta. Walaupun kawan tu tak berapa nak kenang jasa, diorang sanggup tak tidur semata-mata nak jemput kawan tu kat stesen bas.


(7) Menakutkan

Sesungguhnya lelaki sentiasa ada aura yang menakutkan. Pernah korang tengok perempuan bila lalu sebelah lelaki buat muka risau sambil pegang beg kuat-kuat??huhu. Lagi satu, selalunya bila nampak 1 group lelaki tengah berkumpul kat tengah jalan, orang sanggup lalu jalan jauh daripada membelah group tu..


(8) Automotif obsesi

Apa yang aku cuba sampaikan disini adalah lelaki sangat obses dgn kereta dan motor kesayangan.


(9) Protective, Posessive & Penyayang

Ini no comment. Mungkin sebab lelaki memang diciptakan untuk melindungi maka mereka begitu protective. Yeke? Takut bila tengok abang marah adik. Tapi kenapa abang selalu macam tu ye? Semua adik nak buat tak boleh..isk3


Adakah lelaki memang dilahirkan puitis??Kebanyakan penulis buku sastera adalah lelaki.


Saya takut dengan lelaki. Sebab mereka boleh mendominasi persekitaran. Menakluki pemikiran orang-orang di sekeliling saya. Mereka mampu buat banyak perkara. Sebab mereka kan lelaki.


Kenapa perempuan lebih percayakan lelaki berbanding perempuan???


Notakaki: Ini adalah pendapat persendirian. Tiada sebarang perbincangan atau mesyuarat
diadakan semasa pembikinan dan penerbitan 'post' ini. Harap maklum.

2 comments:

Fiona said...

kajian ade mengatakan..chewahh..btol..pmpuan 2x gnde able to pch rhsia than guys..so..thats y lg cye kt laki

Zetty Illyani said...

wahahaha
nmpk ny kte trmasok dlm golongan xleh dipercayai..

lalalalalala...