Tuesday, June 30, 2009

Kalaulah Saya Boleh Bertutur Bahasa Melayu dengan Baik...

Saya...
Teringin sgt berbahasa melayu dengan baik macam org Korea berbahasa Korea dengan baik
mereka..
Cakap Korea sepenuhnya tanpa campur bahasa-bahasa lain
Macam orang Jepun yang berbangga cakap bahasa ibunda sepenuhnya

Saya..
Berbangsa Melayu
Pergi ke sekolah melayu
Bertutur dalam bahasa Melayu
masih tidak mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik???
Bukankah itu satu perkara yang memalukan???

Saya..
Seorang Melayu yang berbahasa Melayu
seharusnya sudah pakar menguasai bahasa yang saya tuturkan sehari-hari
Malangnya
Saya lebih prihatin untuk belajar menuturkan bahasa orang lan dengan baik berbanding bahasa saya sendiri...
Sepatutnya..
saya mulai belajar berbahasa melayu dengan baik sekarang..
Sebenarnya saya mahu saja menulis blog menggunakan bahasa Melayu
Tetapi
Memikirkan keraguan-keraguan yang datang bertandang dalam hati
Adakala
saya terpaksa batalkan niat tersebut
Aduhai......

*Terima kasih awak sebab memaksa saya bercakap dlm bahasa melayu sepenuhnya(^_^)

3 comments:

kumbang said...

haha..jadi masalah gak ek benda neh..tp lagi masalah kalo bahasa sendiri pon tak reti apatah lagi bhs org..cmne tuh zet??

Zetty Illyani said...

huhu
2la
aku p0n xtw
dlm dilema(T_T)

im juz what i am.. said...

firdaus la tuh an yg support..:P