Sunday, May 24, 2009

Renungan Bersama...

salam buat semua yang sudi singgah di laman kecil ini...

saya ada terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang muslim mengenai dakwah dan tarbiyah..tentang politik dalam Islam. ALHAMDULILLAH...Allah telah membuka hati saya untuk membaca artikel ini sehingga akhir. Antara kata-kata beliau yang dapat saya petik ialah

" Sekarang kita melihat ummat buat maksiat, berzina, minum arak, tak solat. Lepas tu dengan kuasa yang ada pada kita, memaksa mereka meninggalkan maksiat, memaksa mereka bersolat, menghukum mereka yg melanggar hukum-hukum Islam. Ceramah-ceramah kita tekankan,"Jangan berzina, haram, dalilnya ini....","Aurat wajib ditutup! Dalilnya.." dan sebagainya. Tetapi kita tidak pernah mengkaji mengapa mereka melakukan maksiat. Adakah kerana mereka tidak tahu hukum? Bukan.. Masalah umat sekarang adalah Masalah Aqidah. Kurangnya kefahaman terhadap mengapa perlu tunduk kepada Islam. Kurangnya kefahaman mengapa perlunya kita mentaati setiap perintah Allah. Jadi ini yang perlu diselesaikan. Pemahaman perlu diberikan kepada umat. Dalam kata yang lebih mudah, DAKWAH & TARBIYAH perlu berjalan dengan serius dan rutin. Sekarang ni kita tengok ramai orang berbuat maksiat adalah sebab kita tidak berdakwah kepada mereka. Kita tidak pernah melakukan pendekatan peribadi kepada mereka, membimbing serta membantu mereka."

Kata saudara ini lagi....

"Bayangkan sekarang, jika hukum-hukum hudud tiba-tiba dilaksanakan, siapa yang akan memberontak? Orang-orang yang bermaksiat inilah. Mereka yang menjadikan zina, arak, judi dan lain-lain yang sewaktu dengannya sebagai rutin harian mereka. Apabila aurat diwajibkan untuk ditutup, siapa yang akan bangkit melawan? Pemain-pemain bola sepak Malaysia.. Apabila hijab muslimah sebenar wajib dikenakan, siapa yang akan protes? Kawan-kawan kita yang tudungnya main selempang sana sini, yang pakai seluar jeans ketat, yang berpegang pada dalil kepala otak sendiri, "Allah tidak tengok rupa, yang penting hati mau baik," dan lain-lain 1001 macam ragam manusia. Jangan salahkan mereka, tapi salahkan diri kita sendiri. Selama ini kita tidak pernah berusaha untuk mengingatkan mereka, sehingga mereka semakin jauh daripda kebenaran.


Yang paling penting, adakah dengan kaedah kekuasaan dan penetapan hukum undang-undang, dapat memastikan bahawa maksiat akan dapat dihapuskan? Baik, sekarang kita hendak hentikan judi daripada berleluasa, pelacur-pelacur tidak lagi melacur dan arak tidak lagi diminum. Jadi dengan kekuasaan yang ada, kita tutup semua pusat-pusat judi. Genting Highland tu, bom aje. Semua kelab-kelab malam, tutup! Kedai-kedai arak, haramkan semua. Aset-aset kta bekukan dan rampas semuanya. Fikirkan, selesaikah masalah? Umat akan berhenti bermaksiatkah? Tidak sama sekali. Malah mereka akan lebih kreatif dalam mencari alternatif-alternatif lain untuk memuaskan nafsu mereka. Lihat contoh di ibu kota, apabila pencegah maksiat kuat meronda di taman-taman, pasangan-pasangan yang ingin berzina ini mencari alternatif lain, buat projek dalam teksi! Mereka akan tetap minum arak, berzina dan berjudi, sebab itulah yang disukai mereka. Inilah yang berlaku jika kita hanya memaksa tanpa memberi kefahaman terlebih dahulu. Laksanakan hudud pun, orang-orang yang masih terlepas, melihat kepada pesalah zina yang dihukum, akan berfikir,"Bodoh mamat tu. Nak berzina pandai-pandailah cover. Tak professional. Aku tak kantoi pun." Astaghfirullah...bukan ini yang kita mahukan, bukan ini yang kita harapkan. Kalau di zaman Rasulullah, pesalah zina itu sendiri yang pergi mengaku dan meminta dihukum. Macam mana nak ada generasi seperti ini, yang sanggup mengaku kesalahannya, serta mahu dihukum, andai dakwah serta tarbiyah tidak berjalan? Andaikan seseorang itu telah ditarbiyah dan diberi kefahaman. Diberi sebuah bilik terkunci dengan pelacur-pelacur yang rupawan sekalipun, insya-Allah, dia tidak akan berzina. Kerana dia sangat-sangat yakin akan dosa dan azab yang bakal diterimanya. Ana bukan menolak hukum hudud. Ia memang satu hukum yang wajib dilaksanakan. Tetapi perlaksanaannya perlu disertai dengan kefahaman. Dalam erti kata dakwah perlu diperhebat agar mereka dapat menerima hukum-hukum ini. Seandainya kita sudah memegang tampuk pemerintahan, maka laksanakan sahaja."

Saya petik sebahagian dari artikel ini untuk dijadikan panduan dan nasihat buat diri saya dan anda yang sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca. Artikel ini saya kira cukup untuk mengejutkan kita yang masih terlena dibuai indahnya dunia. Artikel ini saya petik bukan untuk membangkitkan isu politik seperti yang cuba dibawa oleh saudara tersebut tetapi, artikel ini saya petik kerana saya rasa isu kurangnya pendekatan dan penghayatan Islam dalam masyarakat Islam khususnya diri saya. Sesungguhnya, hidayah itu milik ALLAH..kita hanya mampu berdoa agar ditetapkan Allah hati-hati kita dalam keadaan beriman sehingga ajal bertamu..WALLAHUA'LAM

1 comment:

kumbang said...

hmm...byk nye dose..