Monday, January 26, 2009

FRIENDS!!

Some said that friends are forever...some think that they come n go...some stays in the rainy day..n some left no sign before go..
for wuteva they are..they still make days colourful...and for wuteva they did which did make our heart terribly broke..they stays being friends forever..coz friendship never end...
and i took this from somewhere..i paste it here as it brings something to a heart..from a friend to friends..
" orang yang bijak ialah berkawan dengan kawan, orang yang bijak ialah berkawan dengan musuh, orang yang bijak ialah yang bijak memilih kawan-kawannya..."
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri seribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaanya ? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa berada di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. Bila terkeliru, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya ? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita ? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya ? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah ? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah ? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan ? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. d i a juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang. kita sangka. Di s e b a l i k s e n y u m n y a itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik k e t e n a n g a n n y a, mungkin tersimpan seribu kekalutan. kita tidak tahu..........tetapi jika kita c u b a jadi sahabat seperti d i a, mungkin kita akan tahu.
'Kesederhanaan Adalah Rahsia Keindahan'